Kursus Asas ICT dan Komputer

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 05 Oktober 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah mengadakan satu kursus asas ICT dan komputer kepada komuniti setempat. Kursus ini telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai seorang peserta yang berumur 28 tahun.

Tujuan kursus asas ICT dan komputer ini diadakan adalah untuk mendidik peserta tentang asas komputer dan komponen-komponen yang terdapat di dalam komputer. Peserta diperkenalkan kepada monitor, papan kekunci dan tetikus. Seterusnya, peserta diperkenalkan kepada fungsi komponen-komponen yang ada dalam komputer seperti internal hard drive, RAM, DVD/CD writer, motherboard, processor, LAN port dan sebagainya. Peserta juga tahu mengenalpasti rupa komponen komputer melalui slide yang telah ditunjukkan.

Antara kebaikan yang diperolehi dari kursus ini ialah peserta tahu asas dan komponen-komponen yang terdapat dalam komputer. Secara tidak langsung, peserta juga menjadi seorang yang celik IT kerana tahu menggunakan komputer untuk tujuan belajar atau bekerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali